Friday, October 1, 2010

kursus Bakeri

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita. Antara cerita " KERJAYA" pada hari ini. Cikgu hendak menyingkap di sebalik kerjaya sebagai seorang Pembuat Kek. Salah satu kerjaya yang menarik dan boleh dijadikan sebagai kerjaya untuk anda sebagai seorang pelajar.

Kursus Bakeri ditawarkan kepada para pelajar . Kami menyediakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran dalam aspek pemakanan, operasi dapur, penyediaan membuat pastri, kek dan pelbagai jenis produk pengemasan. Di samping itu juga pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memulakan perniagaan sendiri dengan penerapan mata pelajaran simpankira praktik, teknik promosi dan perhubungan pelanggan dan amalan perniagaan.

Kursus ini memberi pendedahan tentang pengetahuan asas bakeri  agar pelajar dapat memahami beberapa aspek dibawah:

    * Pengurusan dapur bakeri
    * Kuih muih tempatan Malaysia
    * Membuat roti, kek dan biskut
    * Hiasan kek
    * Masakan Yis
    * Pastri
    * Konfeksionari
    * Hiasan Buah
    * Pie


Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai:

    * Tukang masak konfeksionari
    * Pengusaha bakeri
    * Usahawan dalam bidang yang diceburi
    * Baker
    * Pastry Chef