Khidmat bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan Malaysia pada tahun 1960an. Pada peringkat awal perkhidmatan ini lebih menitikberatkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Kursus-kursus pendedahan selama seminggu diadakan untuk guru-guru yang diberikan tugas-tugas bimbingan tersebut. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya khidmat bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79’
‘Adalah diperakukan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja’.
No comments:
Post a Comment